Sunday 20 March 2016

Birthday Trip to Brunei Darussalam: Part 1 
(12/3/2016 - 13/3/2016)

Assalamualaikum semua...

It has been a week since we came back from Brunei. Brunei is one of the country that I were excited to go. Hudud country..!!!! Rindu gila weh dengan makanan, tempat-tempat dan friendly people kat sana. Entry kali ni aku nak share pasal trip to Brunei. Kali ni aku pergi berdua saje dengan Mizah. Birthday trip la katakan. Backpacker style. Tiket flight seperti biasa beli awal-awal. Sebelum pergi, kami study pasal brunei, cari tempat-tempat yg best. 

Day 1
Flight kami pukul 6.30pagi dari KLIA2. Around 9.30pagi sampai di Brunei. Alhamdulillah dipermudahkan segalanya. Seminggu sebelum tu, kami dah janji dengan Encik Helmi untuk bawa kami jalan-jalan di tempat yang jauh dari bandar. Aku dpt nombor dia dalam satu blog ni. Encik Helmi ni sebenarnya tourist guide yg bawa pelancong-pelancong pusing-pusing di Kg Ayer. Tapi kami minta dia bawa jalan di darat dan juga Kg Ayer. Dia amik $50 Bnd untuk 2 orang untuk half day. Kalau sehari mahal sikit la. Transportation kat sana tak macam di Korea dan Singapore. Kat Brunei ni ada bas dengan teksi je. Tapi bas tak lalu semua tempat dan teksi pula mahal. That's why kami amik Encik Helmi. Nasib baik aku terjumpa nombor dia.

Sampai saja di Brunei International Airport, kami dah risau takut tak ada bas yang ke airport sebab dalam group BBM ramai yang cakap payah nak dapat bas. Sampai di sana, kami bertanya di kaunter teksi pasal bas. Katanya bas ada dalam 20 minit setiap bas akan lalu di airport. Luckily, 15 minutes after that, bas pun sampai. Kalau nak tau dalam bas ni tak ada pun orang Brunei yang naik. Semuanya warga asing mcm Myanmar, Indonesia, India yang naik. Semua warga Brunei ni masing-masing ada kereta. Tak main la naik bas ni. Haha. Bas dari airport ke Pusat Belia dalam $1 Bnd saje. Kat Brunei pun susah nk jumpa motosikal.


Dalam Bas

Lebih kurang pukul 10.30 pagi sampai di Pusat Belia. Kami walked in je untuk check in. Pusat Belia ni macam dorm. Sesuai la untuk backpackers stay. Harga satu malam murah saje $10 Bnd. Kalau hotel-hotel, kami tak mampu, mahal. Haha. Pusat Belia ni kalau tak ada apapa event, boleh la sewa sebab banyak je kosong katil. Nasib baik hari yang kami pergi, tak ada event. Satu lagi masalah bila nk check in kene tunggu supervisor yang incharge, Encik Firdaus. Encik Firdaus ni jarang ada kat kaunter, selalu keluar ada urusan, so kene call dia dulu bagitahu. Sambil tunggu tu makan la dulu kat Kafe Belia sebab perut pun dah lapar. 

Pusat Belia
                   

                                      
Dorm Pusat Belia. Satu dorm, kami berdua je.

                    

Tunggu punya tunggu pukul 11.00 pagi jugak dia sampai. Dia sampai je, kami terus checked in. Kemudian pergi pusing-pusing bandar Brunei yang berdekatan dengan Pusat Belia. Jalan-jalan sambil cari kedai-kedai yang ada wifi sebab kat Brunei ni tak macam dekat Korea. Terpaksa cari wifi sebab nak contact Encik Helmi untuk ambil kami di Pusat Belia pukul 1.30 ptg. Susah nk cari wifi kat sini. Kalau ada pun, kene pergi restoran atau cafe. Kami jumpa satu restoran ni ada tulis free wifi zone. Apa lagi masuk la dalam tu tapi kene la makan atau minum kat situ kan. Perut dah kenyang tapi apakan daya wifi punya pasal. Kami makan nasi Katok dengan dengan teh o ais je. Nasi Katok harga kat kedai ni $1.50 Bnd, air teh o ais $1 Bnd. Tu pun share sebab kenyang. Lagi satu semua kedai kat Brunei ni tutup pada waktu solat Jumaat bagi menghormati la.

Lepas jalan-jalan, balik ke Pusat Belia untuk solat dulu. Kat Brunei waktu solat masuk awal sama macam kat Sabah, Sarawak. Kemudian 1.30 ptg Encik Helmi sampai. Antara tempat-tempat yang kami pergi ialah :

1) Muzium Teknologi Melayu
Kalau nak tahu kat Brunei ni muzium-muzium dia masuk free saja. Tempat pertama kami ke muzium ni . Muzium ni terletak di jalan simpang 482, pinggir Sungai Brunei, daerah Kota Batu, sekitar 6 Km dari Pusat Bandar.  Terdapat 3 galeri utama di muzium ini, iaitu Rumah Tradisi Kampung Ayer, Teknologi Tradisi Kampung Ayer dan Teknologi Tradisi di Kawasan Darat. 

            






2) Muzium Maritim
Muzium ni terletak berhampiran dengan bangunan Muzium Teknologi Melayu di kawasan Kampung Kota batu. Muzium ini tentang sejarah maritim Brunei dengan artifak-artifak yang mempamerkan peranan Negara Brunei Darussalam sebagai kota perdagangan dan penempatan utama.


Replika rumah di Kg Ayer.

3) Masjid di kampung
Kemudian kami ke Masjid. Alahai aku xingat pulak apa nama masjid ni. Masjid terletak di Kampung apa entah. Lupa!!

4) Pusat Kesenian dan Pertukangan Tangan Brunei.
Pusat seni ni terletak di Bandar Seri Begawan. Terdapat banyak jenis kursus kat sini. Selalunya belia lepasan sekolah yang berminat dengan seni akan masuk kursus ni. Encik Helmi cakap belia yang masuk sini akan diberi elaun bulanan. 




5) Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin 
Masjid ni merupakan  masjid kerajaan kesultanan Brunei yang terletak di Bandar Seri Begawan. Masjid ini mempunyai kapal replika  di atas air. Mengikut sejarah Brunei, kapal ini digunakan untuk upacara rasmi negara seperti Majlis Tilawah Al Quran dan sebagainya. Terdapat lif di dalam masjid ini untuk kegunaan sultan. Masjid ini mempunyai ketinggian 52 meter dengan kubah emas serta dinding marmar buatan Itali, tingkap kaca berwarna buatan tangan dari England dan karpet yang berasal dari Arab Saudi dan granite dari Shanghai untuk dinding luar bangunan masjid.





6) Masjid Ash- Shaliheen
Masjid ni dikatakan masjid yang mempunyai design seperti masjid di Moscow. Sangat cantik dan unik design dalam masjid ni




Ruang solat bagi perempuan

7) Stadium Negara Hassanal Bolkiah



8) International Convention Centre

9)Prime Minister's Office Brunei Darussalam



10) Dewan Majlis


11) Kg. Ayer
merupakan sebuah perkampungan air yang didiami ramai penduduk. Tak ingat berapa puluh ribu orang penduduk. Kampung ini terletak di Bandar Seri Begawan dan merupakan sebuah perkampungan air terbesar di Asia Tenggara. Encik Helmi bawa kami jalan-jalan pusing Kg Ayer dan sempat singgah rumah nya. Family Encik Helmi baik dan peramah. Isteri dia siap hidangkan air dan kuih untuk kami. Banyak kemudahan boleh didapati kat sini. Ada sekolah rendah, sekolah menengah, sekolah ugama, klinik, masjid, balai polis, balai bomba, restoran, kedai runcit dan sebagainya. Kat sini ada banyak kampung-kampung. Tapi aku tak ingat la pulak nama-nama kampung kat sana. Rumah-rumah kat sini murah-murah dan cantik-cantik. Around $5000 - $15,000 Bnd agaknya. Bayangkan kalau convert duit RM, tak sampai RM50,000 pun. Walaupun luar papan, tapi dalam cantik 

Naik boat
First time masuk kampung atas air. Berhati-hati je jalan atas jambatan kat sini. Dah la berlubang-lubang, risau jugak

Isteri dan anak-anak Encik Helmi. comel je anak bongsu dia, Ijan. umur 4 tahun. Dah la friendly gila. 

Ni rumah moden atas air. harganya lebih kurang dalam $30,000 Bnd. Kalau convert duit RM baru RM90,000. Kat Malaysia mana nak dapat dah harga mcam ni. Dah la rumah ni cantik, 2 tingkat, setiap rumah ada stor kat bawah dia.

Tinggal satu ni je rumah papan 2 tingkat. 
salah satu sekolah di Kg Ayer
Bot sekolah. Kenderaan ke sekolah di Kg Ayer


Balai polis Kg Ayer

Balai bomba Kg Ayer


Kat Brunei pun nak buat jambatan macam jambatan P. Pinang. dijangka siap tahun 2017

Masjid Sultan Omar Ali saifuddin dari Kg Ayer
Singgah di Masjid Pehin Datu Imam Hj Mokti Kg Burung Pingai Ayer.

Bergambar dengan penduduk Kg Burung Pingai Ayer. Friendly sangat diorang ni. Diorang ni happy bila ada pelancong datang ke sini. Dapat la jugak kenal dengan 2 org budak ni nama Izzat dengan Mahmud, siap mintak Instagram kami lagi. 



12) Masjid Jamek Asr Hassanil Bolkiah




13) Istana Nurul Iman
Tempat tinggal Sultan Brunei dan family. Kalau nak tau, istana ni boleh masuk masa hari raya pertama dan kedua kalau tak silap. Rakyat Brunei akan dijemput untuk makan-makan. Sultan akan bagi hadiah sagu hati untuk rakyat Brunei yang susah dan OKU. Kalau tak silap $1000 Bnd untuk satu family.


Pintu masuk istana

14) Pasar Malam Gadong
Sebelum ke Pasar malam Gadong, kami ke Gadong mall. Sorry, tak ada gambar nak tunjuk. Kat sini kami sempat shopping coklat. Banyak la jugak beli coklat kat sini. Mall lebih kurang macam Bukit Jambul ja. 
After that, baru ke ke pasar malam. Makanan kat sini murah-murah. Kebanyakan harga makanan kat sini $1 Bnd. Suasana di Pasar Gadong






Lepas je beli belah  kat pasar malam Gadong, Encik Helmi hantar ke Pusat Belia. Bayangkan dalam masa sehari kami dapat pergi ke 15 buah tempat. Fuh, lenguh kaki padahal naik kereta je pun.
Sampai hostel, makan-makan, mandi, then tidur. charge energy dulu.

Sambung di Birthday Trip to Brunei Darussalam: Part 2 












               

3 comments:

  1. Assalaamualaikum, kalau dari pusat belia tu nak naik bas ke masjid sultan omar ada bas tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa alaikumussalaam. Takde bas tapi jika berjalan kaki dalam sekitar 15 ke 20 minit memang dah sampai

      Delete
  2. dah lama teringin nak gi brunei..tak tau bila ada rezeki :)

    ReplyDelete