Thursday 26 April 2018

UMRAH 2018 (part 2- Mekah)

Halluuu..!!!!


Okay sambung cerita Umrah 2018 aku di Mekah pulak. Disebabkan kami dari Madinah, so kami bermiqat di Bir Ali. Sedih rasa masa nak tinggalkan Madinah tu. Tapi bersyukur sangat dapat jejak kaki di Madinah. Kami bertolak dari Madinah pukul 2.00pm. Perjalanan dari Madinah ke Mekah ambil masa lebih kurang 6 jam naik bas. Lebih kurang dalam pukul 10.00pm kami tiba di Hotel. Kami stay di Hotel Mira Saha. 6 minit jalan kaki ke Masjidil Haram. Hotel kami dekat dengan main gate (King Abdul Aziz).

Setibanya di hotel, mutawif bagi kunci bilik, letak luggage semua then terus pergi mengerjakan umrah pertama. Pukul 12.00am kami buat umrah pertama.

KAABAH..!!! 
sesiapa yang sampai sini mesti rasa syahdu. Pertama kali tengok Kaabah depan mata, aku menangis, sebak tengok kebesaran Allah. Selama ni tengok dalam tv je. Rasa bertuah, bersyukur akhirnya Allah jemput aku dan family ke sini. Rasa macam tak sangka dapat jadi tetamu Allah. Masa ni hati tenang sangat, hanya fikir nak beribadat je. Subhanallah, Kaabah is the best place ever. Mekah ni 24 jam penuh dengan manusia. City never sleep!!! 

Sebelum tu, mutawif bagi taklimat dulu untuk buat umrah. Dimulakan denggan tawaf 7 kali ikut panduan rukun umrah. Umrah pertama kami ikut mutawif. Masa tawaf ni aku dengan adik kepit pimpin mak takut terpisah. Masa tawaf 7 kali ni selang selikan dengan zikir dan mintak ampun, minta doa. Alhamdulillah dapat baca kiriman doa-doa dari keluarga dan kawan-kawan di depan Kaabah. Semoga Allah makbulkan doa-doa tu. Amin. Ustaz siap pesan lagi bayangkan ini kali terakhir kita ke sini, Jadi buatlah sebaik yang mungkin.

Selesai tawaf, kami solat di tempat betul-betul selari dengan makam nabi Ibrahim. Selesai solat terus buat saie dari Bukit Safa ke Bukit Marwah. Letih juga masa buat saie sebab agak jauh dari safa ke Marwah. Masa umrah pertama kami buat Saie di tingkat bawah. Umrah seterusnya kami buat di tingkat atas sebab xramai sangat orang di sini berbanding di bawah. Selesai saie, terus bertahlul gunting rambut atau cukur rambut. Hampir pukul 3.00am jugak la selesai umrah pertama. SELESAI!!!!

Sepanjang berada di Madinah dan Mekah, aku dengan mak berdua je la ke hulu kehilir ke masjid. Senang jalan berdua xserabut. Adik aku sebab lelaki jadi dia dengan cousin je la. Tapi time buat umrah baru la jalan sekali. Masa kat sana memang tak fikir dah hal2 dunia, hal2 kat Malaysia. Kat sana masa kita memang dipenuhi dengan ibadat je. Sejam sebelum azan dah kena pergi masjid untuk cari tempat. Tapi selalunya aku dengan mak xbalik hotel pun, stay je kat masjid. Kalau balik pun bila time lunch.

Kalau korang nak pergi kucup Kaabah, masuk dalam Hijir Ismail, tengok maqam Ibrahim, sentuh Hajarul Aswad, pergi la lepas buat tawaf sunat. Aku pergi waktu lepas zohor time tu panas matahari tegak so mcm xberapa ramai sangat. Ataupun waktu tengah malam. So boleh la jalan menyelit2 pergi ke Kaabah. Nasib la badan xberapa besar sangat. Hahaha. Alhamdulillah diberi peluang dapat semua tu tapi xdpt sentuh Hajarul Aswad sebab ramai sangat orang lelaki semua badan besar2 tengah tolak menolak. Jadi berdoa je la depan Multazam. Kain Kaabah wangi sangat2. 

Kat bawah ni aku share beberapa gambar suasana di Mekah


Comel sangat anak arab ni.


Dataran Masjidil Haram


Kaabah and clock tower. Beautiful. It's so beautiful and nothing can take my eyes off of this.


Saie dari Safa ke Marwah

Time ni baru selesai saie. Dan kebetulan nak masuk waktu zohor. So kami solat di tempat saie

Dalam masjid

 
Dah sampai sini makan la ice cream sedap. Harga 5 riyal. 

Ziarah luar Mekah


Jabal Thur. Tempat Nabi Muhammad SAW dan Saidina Abu Bakar melarikan diri sewaktu kaum musyrikin Mekah nak bunuh Nabi.

Jabal Rahmah, Padang Arafah. Tempat Nabi Adam dan Hawa bertemu setelah dikeluarkan dari syurga. So kalau nak doa jodoh digalakkan berdoa di sini. Semoga doa2 aku dimakbulkan la. Hihi. Amin.

Umrah kedua miqat di Masjid Ja'ranah

Mina

Umrah ketiga miqat di Hudaibiyah

By the way, makanan di hotel kami memang sedap gila menu hari2. Sumpah memang sedap. Aku rasa aku duduk kat Mekah makan banyak. Asyik menambah je.

Last day kami di Mekah lepas subuh kami terus buat tawaf widak. Masa buat tawaf widak ni menangis lagi sebab rasa sebak, sedih nak tinggalkan rumah Allah. Allahu. Entah bila lagi boleh sampai kat sini.

Dan terus balik hotel, breakfast, angkat barang terus keluar dari sana gerak ke airport Jeddah. Flight pukul 3.50pm waktu saudi. Kira2 pukul 6.00am sampai di KLIA. 

Tamatlah perjalanan kami mengerjakan UMRAH.


Semoga aku dapat sampai ke sini lagi menjadi tetamu-MU, Ya Allah. 

Serious memang rindu sangat Mekah dan Madinah. Baru tahu perasaan orang lain dok cakap rindunya nk ke Mekah sebelum ni.


p/s: Nantikan entry pasal korea 2018 pulak.








Wednesday 25 April 2018

UMRAH 2018 (Part 1 - Madinah)

Assalamualaikum...

Holla !!!! I'm back.. Almost setahun xupdate blog.. sebabnya dah setahun tak travel so xde benda nk update..



Entah kenapa hari ni terlebih rajin nak menulis blog. Entry kali ni aku nak share pengalaman UMRAH aku dan keluarga pada 16-27 Mac 2018. Dah  sebulan dah balik dari Umrah. Pengalaman yang paling berharga untuk aku dan keluarga pada tahun ni. Alhamdulillah syukur sangat2 kerana diberi kesempatan untuk menjadi tetamu Allah. Kebetulan birthday aku pun bulan 3 juga. Hadiah untuk diri sndiri. Aku tak pernah sangka dijemput menjadi tetamu Allah secepat ni. Sebelum ni ada jugak plan dengan mak dan adik2 untuk tunaikan umrah tapi tak ada exact date tahun bila nak pergi. But allah knows best dan kami tak berhenti berdoa utk diberi peluang jadi tetamu Allah. Aku pergi dengan mak, adik dan pakcik aku 6 beranak.

Jujur aku cakap perasaan bercampur baur bila pertama kali jejak kaki di rumah Allah. Rasa sedih, gembira, hiba, sayu dan tak putus-putus ucap syukur bila di depan Kaabah. Hanya Allah je la tahu perasaan tu.



Sebelum pergi umrah, kita perlulah prepare mental dan fizikal. Kursus umrah jangan lupa pergi so that kita dapat tahu ilmu2 nak buat umrah dan dalam masa yang sama dapat pengalaman yang akan ustaz ceritakan. Kesihatan perlulah dijaga ye. Mula2 pilih dengan pakej apa korang nak pergi. Family aku amik pakej Harmony Excellent. 


Ni aku nak share barang2 yang perlu dibawa:

Perempuan
1)Telekung 2 helai. Tak perlu bawak kain .
2)Jubah - 5 helai pun cukup sebab kat sana tak berpeluh dan tak berbau pun. 1 helai boleh pakai 2 hari. Hahahaha. Baju memang kita akan basuh pun nanti. Basuh pun kejap je dah kering. Dan confirm korang akan shopping jubah kat sana.
3) Seluar panjang untuk dipakai dalam jubah. Aku bawak seluar putih dengan seluar tidur je.
4)Tudung dan anak tudung suka hati uolls.
5) Towel - tak bawak pun tak apa. Pakai yang hotel bagi je.
6) Toiletries + sabun basuh baju
7) stoking
8) Kasut atau selipar. 

Lelaki
1) Kain ihram 2 pasang pun dah cukup
2) Jubah atau baju melayu
3) kopiah
4) kain pelikat + baju tidur.
5) Selipar jepun pun boleh

Yang lain-lain
1) Ubat-ubat
2) Minyak angin
3) Vaseline
4) Sunblock
5) Botol spray wudhuk
6) Kain uncang kasut


Perjalanan Umrah kami bermula dengan Madinah dan kemudian Mekah dengan flight Saudi airline. Flight dari Malaysia pada pukul 10.30pm dan perjalanan ke Madinah ambil masa 8 jam 45min. Kami tiba di Madinah lebih kurang pukul 7.30am waktu Malaysia dan 2.30am waktu saudi. Jika jemaah masuk ke Mekah dahulu, mereka perlu memakai ihram dari Malaysia dan berniat di Qarnul Manazil. 



Settle semua immigration clearance, amik luggage lebih kurang dalam pukul 4 lebih dan kami solat subuh di airport. Sampai di hotel pukul 7 lebih. Kami stay di Hotel Al-Eiman Al-Manar 5 minit dari Masjid.



Lepas dah rehat, breakfast, mutawif bawa ke Sokaifat Bani Saedah dan Masjid Nabawi dan beri sedikit taklimat di sana.



Kubah hijau tu terletaknya Makam Rasulullah S. A. W.



Sebelum Subuh payung dibuka


Suasana dalam masjid




Tips nak masuk Raudhah iaitu taman-taman syurga:
1) Jemaah akan dikumpulkan mengikut negara.
2) Kalau nak masuk cepat, jangan pakai telekung. Pakai serba hitam dengan purdah sebab diorang akan ingat kita ni orang Arab, so boleh masuk sekali dengan mak2 Arab..
3) Nak masuk ke Raudhah masuk melalui Gate 25. Perempuan dibenarkan masuk lepas subuh, antara waktu lepas zohor ke Asar dan lepas isyak sampai pukul 1 pagi.
4) Nak masuk Raudhah memang menguji kesabaran kita. Kawasan Raudhah karpet hijau ya. 
5) Aku suggest kalau nak masuk Raudhah, masuk waktu tengah malam dalam pukul 12.00am macam tu. Sebab time tu macam boleh solat dengan tenang xramai sangat orang.


Sini memang ramai orang berebut nak masuk dan tolak menolak memang akan berlaku. Lepas tu jenuh tunggu lama nak masuk Raudhah. Dan kena berhati-hati sebab orang Arab ni tak peduli langsung orang lain tgh solat ke main langgar je. Kalau waktu tgh sujud tu diorang boleh langkah je   kita. Alhamdulillah masa aku masuk Raudhah tu dipermudahkan walaupun kena tolak dengan orang Arab. Tapi ada jugak orang Arab yang baik hati tolong terutama masa solat siap tolong tahan kat depan sebab takut ada yang terpijak kepala masa sujud. 



Kali pertama masuk ke Raudhah, sorang ustazah ni bawa kami. Kami pergi lepas isyak. Ustazah ni dah 13 tahun tinggal kat Madinah dan dia pun mahir selok belok nk masuk Raudhah. Kali kedua masuk Raudhah pergi sendiri pukul 12 malam. Alhamdulillah masuk tu dapat la duduk lama dalam tu sebab masuk tengah malam. 




tengah tunggu turn nak masuk Raudhah

Selepas masuk Raudhah. Bersama ustazah yang bawa kitorang masuk sini.


Lawatan-lawatan di Madinah:


1) Masjid Quba



Masjid pertama yang dibina oleh Rasulullah S.A.W ketika berhijrah dari Makkah ke Madinah. Rasulullah bersabda yang bermaksud: “ Sesiapa yang pergi ke Masjid Quba’ dari rumahnya dalam keadaan berwuduk dan solat sunat dua rakaat di dalam masjid berkenaan, ganjarannya adalah satu pahala umrah.


 



2) Pasar kurma



3) Jabal Uhud

Bukit Uhud atau Jabal Uhud adalah sebuah bukit berjarak 5 kilometer dari utara Kota Madinah dengan ketinggian sekitar 1.077 meter, selalu dikenang oleh umat Islam karena di lembah gunung ini pernah terjadi peperangan besar antara pejuang Islam dan kaum kafir Quraisy pada 15 Syawal 3 Hijriyah (Maret 625 Masehi) yang menyebabkan 70 pejuang Islam mati syahid.

Dalam peperangan tersebut kaum muslimin yang gugur 70 orang syuhada, di antaranya Hamzah bin Abdul Muththalib, yang digelari Asa­Dullah wa Asadur Rasul (Singa Allah dan Rasul-Nya), Mush'ab bin Umair, dan Abdullah bin Jahsyin. Para syuhada tersebut dimakamkan di lokasi mereka gugur, di dekat Gunung Uhud. Menariknya, jasad Hamzah yang dimakamkan di sini dikabarkan tetap kukuh, abadi dan tidak hancur dimakan tanah.

Selain makam syuhada, tempat bersejarah lain yang ada di kawasan ini adalah Masjid Al-Fash. Di masjid ini Nabi pernah solat zuhur setelah Perang Uhud selesai.



Masjid Al-Fash

Makam Hamzah di dalam tembok besar tu




4) Perkuburan Baqi

Perkuburan ni terletak berhampiran dengan masjid nabawi. Jannatul Baqi ertinya Taman Syurga. Baqi’ ialah kawasan perkuburan bagi penduduk Madinah dan sesiapa sahaja yang meninggal dunia di Madinah, termasuk para jamaah haji atau umrah. Perkuburan ni dikelilingi dengan pagar yang tinggi. Lelaki saja dibenarkan masuk. Perempuan boleh tengok dari luar pagar saja. Semua makam di sini tak bertanda atau tulis apa-apa. Ia sekadar batu nisan saja.




Tips shopping
Shopping lah di Madinah sebab harga murah-murah. Dan di Madinah kita ada banyak masa berbanding di Mekah. 

Khemah2 tu la tempat orang berniaga. Macam2 ada jual kat situ. Ada satu lagi tempat kat situ lagi banyak kedai2 tapi aku lupa nak amik gambar.


Shopping kacang2


Alhamdulillah, tamat sudah perjalanan kami di Madinah.
Akan bersambung Part 2- Mekah