Sunday 9 April 2017

Trip to Padang, Indonesia (5 - 8 May 2016) Part 2

Day 3

Before checkout hotel, breakfast dulu kat hotel ni. Breakfast nasi goreng sambil ambil angin tepi tasik gituuhhh. Lepas dah breakfast, packing barang-barang, kami terus dibawa ke :

1) Muzium rumah kelahiran Buya Hamka (sasterawan Indonesia).

Muzium ni terletak kat Danai Maninjau. Dalam muzium ni ada koleksi-koleksi buku, majalah, gambar Buya Hamka. Muzium ni sebelumnya merupakan rumah Haji Abdul Malik Karim atau dikenali Hamka sejak lahir. Muzium ni dibuka pada pukul 8.00pagi. Kat sini ada la orang yang jaga muzium ni yang akan bagi penerangan tentang sejarah Buya Hamka. 








2) Pariaman Beach.

Lepas pergi muzium Buya Hamka, kami dibawa ke Pariaman Beach. Kat sini pantai ler nama pun beach kan. Ramai la jugak orang kat sana. Kedai makan pun banyak. Tapi xberani nak beli takut xhalal.

3) Lunch kat kedai ni. Aku rasa pergi Indonesia la paling banyak makan.

4) City tour (Padang).

Lepas lunch, kami dibawa pusing-pusing kat bandar la. Sempat la singgah shopping mall dia. Tak ingat dah nama apa. Mall dia macam kat bukit jambul je. Sebab bukit jambul penuh dengan orang-orang Indon. 

5)Check in hotel (Savalli hotel)

Hotel ni cantik jugak. siap ada swimming pool lagi. 



6) Dinner

Day 4

8.30 pagi flight balik KL. so kitorang lepas subuh terus ke airport. End of Padang Trip.

Flight       - RM150
Pakej        - RM 600
Belanja    - RM500

Total loss: RM 1250






Saturday 1 April 2017

Trip to Padang, Indonesia (5 - 8 May 2016) Part 1

I'm back....

Selepas setahun xupdate blog.. busy dengan thesis Master sebelum ni so aku xsempat nk update..

Entry kali ni aku nk cerita aku pergi Padang, Indonesia dengan sape lagi kalau bukan dengan roommate a.k.a travel partner aku Mizah. Kami pergi berdua je. Tiket flight beli awal lebih kurang dalam RM150 return dan kami amik pakej ke sana. Pakej include (driver, hotel, lunch, dinner and entrance fee). Pakej ni RM600 untuk 4 hari 3 malam. Kami stay 1 malam kat bukit tinggi, 1 malam kat maninjau dan 1 malam kat padang. 

Day 1
Flight kami pukul 7.50 pagi dari Malaysia, dan sampai sana waktu Indonesia pukul 8 pagi. Sampai sana driver kami jemput dan terus ke

1)Kiambang top
kami dibawa ke kiambang top. Kiambang top ni sangat terkenal dengan pemandangan sawah ditambah juga dengan pemandangan gunung Singgalang. Kat sini kami try makan soto. xingat dah rasa mcm mana. rasa soto la kan.
view sawah dari kedai makan. xingat nama kedai tu.

soto dengan kopi o.

2) Anai Valley waterfall.


3) Minang Village
Minang village (kampung minang). Kat sini aku xingat berapa harga masuk. Ada orang akan bagi penerangan pasal asal usul negeri minangkabau, pasal rumah gadang, siapa yang tinggal kat rumah gadang dan semuanya la details pasal minangkabau. Lepas tu korang boleh try pakai baju tradisional. Tapi kena bayar. Aku xingat dah harga.
baju tradisional


ni ha ada orang bagi penerangan . kitorang pun dengar je la. ada la dalam 10 ke 15 minit.

4) Lunch kat Rumah Makan Pak Datuk
Kat sini mmg disediakan makanan Padang, lauk dia hidang penuh satu meja. Tapi korang pilih la mana yang korang nak makan. Bayaran dikenakan pada makanan yang korang usik je .
ni ha makanannya

Avocado

5) Cuci mata. Bukit tinggi ni terkenal dengan kedai2 kain sulam. cantik2 la jugak. harga murah dari kat malaysia ni.
kami dibawa pergi ke kedai pandai sikek iaitu kedai yang buat tenunan ni, jual kain sulam-sulaman. 

Kedai Linduang Bulan - kedai ni pun kedai kain2 sulam jugak. Aku xingat la aku beli ke  x kat kedai2 ni.hehehe

Kedai Annisa - Kedai kain sulam juga. 

6) Lubang Jepang.


7) check in hotel (Amali Galeri Hotel)
depan hotel kitorang ni ada satu kedai jual souvenir. apa lagi shopping la sikit kat kedai tu


8)Jam gadang. 
Jalan2 bergambar kat jam gadang.




8) Dinner 

Day 2
Breakfast kat hotel. then kene Check out pagi tu sbb nk pergi Maninjau pulak. Kami dibawa ke:
1) Sulaman Hj Rosma.
Hj Rosma ni penyulam terkenal kat Indonesia. Beliau bukak kelas belajar sulam. Kat sini hamahal la jugak tapi memang cantik sulaman dia. Kitorang cuci mata je tgk. 





2) Kiniko
Kiniko ni kedai yang memproses buat pisang salai. Selain tu, kedai ni jugak ada jual kerepek2, pisang salai. Pisang salai dia...fuhhh sedap. Kat sini kitorang shopping kerepek2, dengan pisang salai.

3)Lunch


4) Istana Pagaruyung




5) Tasik singkarak


6) Kelok 44
Kelok 44 merupakan daerah perbukitan berada di di atas Danau Maninjau yang dilingkari jalan yang berkelok dilerengnya. Kelok 44merupakan tikungan berjumlah 44 belokan.


7) Check in hotel (Tandirih)
hotel ni betul2 depan tasik maninjau.

View dari bilik kitorang. ni bukan laut ye tapi ni tasik maninjau

8) Dinner.

Okay... sambung pulak Trip to Padang (part 2)