Thursday 18 February 2016

Let's fly to Korea (part 4)

Day 4- Seoul Korea

Pada pukul 9.00 pagi selepas breakfast kami ke NAMSAN TOWER. Namsan Tower atau Seoul Tower ni menara yang terkenal kat Seoul ni. Kalau kat Malaysia kita ada KL Tower. Namsan Tower ni boleh dilihat dari kawasan Myeongdong, Namdaemun dan Itaewon. Kat atas menara tu ada restoran dan tempat untuk bersantai sambil melihat keindahan panaroma bandar Seoul dari atas menara tu. Kat sini juga terkenal dengan "LOVE PAD LOCKS" yang ditulis nama pasangan2 yang bercinta dan dikunci di sini sebagai simbolik cinta mereka, Kononnya la..!!!

Ada 3 cara nak ke Namsan Tower iaitu bas, cable car, jalan kaki.

Kami pegi sana naik bas. Kami ke sana dari stesen Hongik University menuju ke stesen Dongdaemun history and culture park (Line 2) dan tukar train menuju ke stesen Myeongdong (Line 4). Kemudian keluar melalui pintu Exit 3. Kemudian naik shuttle bas bernombor 05 di bus stop Myeongdong untuk sampai ke Namsan Tower. Naik bas ni kena guna kad T-money. Jangan lupa touch masa naik dan juga turun bas. Dan berhenti kat last station. Dah sampai kat sana, kena jalan kaki sejauh 100m untuk sampai ke puncak. kalau nak naik atas menara tu , harga tiket 9,000 Won dewasa dan 7,000 kanak-kanak.

Tempat menunggu bas


View bandar Seoul dari Namsan Tower

Dah macam power rangers pulak diorang ni. Ni masa jalan kaki naik ke puncak atas tu



Love pad locks

cintaku, hatiku tertinggal di Seoul.. hohoiiii!!!



Lepas dah bergambar kat Namsan Tower kami shopping pulak kat NAMDAEMUN MARKET. Kalau nak tau, kat sini la pasar yang terbesar kat Korea. Baik pelancong-pelancong mahupun rakyat Korea sendiri memang suka beli belah kat sini. Namdaemun ni terkenal dengan pusat shopping paling murah. Kalau nak beli barang-barang souvenir seperti keychain, fridge magnet, t-shirt, brooch boleh la beli kat sini. Kat sini harga barang-barangnya more cheapest compared to other markets. So dtg korea wajib la shopping kat sini ye. Kat sini hari sabtu ahad banyak kedai-kedai tutup so datang lah pada hari isnin hingga jumaat. 
Keychain sepapan harganya dalam 5,000-10,000 Won. T-shirt 3 helai 10,000 Won, Fridge magnet ada 4 pieces 5,000-8,000 Won.

Cara nak ke sana:
Naik subway turun ke stesen Hoehyeon, Line 4, Exit 6. Disebabkan kami dari Namsan Tower, so kami naik shuttle bus dari Namsan Tower dan turun ke bus stop Myeongdong. Kemudian naik subway amik Line 4 ke stesen Hoehyon, Exit 6. Satu stesen je dari Myeongdong.


Set sudu garpu, sudu chopstick dalam 8,000- 10,000Won


Dah beli t-shirt, kita bergambar la pulak dengan ahjussi ni.



Selepas shopping kat Namdaemun market ni, kami ke MYEONGDONG MARKET pula. Myeongdong is known as Cosmetic Paradise !!!! sebab famous dengan barang-barang kosmetik made in korea okay not in China!!! seperti Nature's Republic, SkinFood, EtudeHouse, Innisfree dan sebagainya. Selain itu, kat sini juga famous dengan pusat fesyen golongan muda seperti pakaian, kasut, beg dan sebagainya. Banyak kedai-kedai fesyen branded kat sini. Harga?? Of coz more expensive than other markets.

Sampai je Myeongdong, kami solat dulu. Solat kat tangga emergency dalam bangunan Uniqlo. Kat sana susah nk jumpa surau so kena pandai-pandailah. Ingat ye, travel travel jugak, solat jangan tinggal. Cari la tempat-tempat yang tersembunyi untuk kita solat. Selain tu korang boleh jugak solat dalam fitting room, amik la baju 2,3 helai, buatlah konon2 nak try baju tu kan.

Kalau datang sini tak cari street food rugi lah. Tapi kena cari yang halal. Tanya dulu ada daging ke tak. Kalau ada, jangan beli. Jangan lupa makan Tteokbokki (rice cake with sauce). Sangat pedas tapi aku suka. It taste so good. Harganya semangkuk 3,000 Won. Fish cake atau dalam bahasa korea (Odeng) pun sedap. Fish cake ni dicucuk dengan lidi. Harga dalam 1,000 Won sebatang. Kat sini juga, kami makan sotong goreng celup tepung. Sedap gila!!! Harga dalam 3,000 Won kalau tak silap aku. Lepas tu kami beli jus delima. Rasanya masam-masam manis. memang fresh sebab memang betul-betul delima asli without adding sugar. Harga 5,000 Won.

Cara nak ke Myeongdong : Naik subway ke stesen Myeongdong, Line 4, Exit 6.


Myeongdong market

Beli Tteokbokki dan fish cake kat ahjumma ni. Siap buat peace lagi ahjumma ni.

Tteokbokki dan fish cake.

Sotong goreng celup tepung


Dah puas shopping kami ke CHEONGGYECHEON STREAM . Cheonggye stream ni berdekatan dengan Gwanghwamun square. Dulu sungai ni sangat kotor, kemudian mereka bangunkan semula dan jadikan tempat rekreasi, tempat dating. Kat sini ada air terjun. Kalau datang waktu malam, kita boleh tengok air terjun sungai yang ada lampu warna-warni. Cantik la juga. 

Cara nak ke sana: Naik subway, turun di stesen Gwanghwamun square, Line 5.



Dah bergambar kat sini, kami pergi makan ikan bakar kedai Gosami pula kat Sinchon. Dari stesen Gwanghwamun square, naik subway, Line 5, turun di stesen Chungjeongno untuk tukar train menuju ke Sinchon, Line 2. Sampai Sinchon keluar melalui Exit 1. Sinchon ni satu stesen je dari Honggik University.

Mackeral, sambal sotong, sup tofu

Sebenarnya ada cerita pasal kedai ni. Tourist guide kami la yang bagitahu. Kedai ikan bakar ni memang famous kat Sinchon. Memang ramai la org Malaysia makan kat sini. Ramai blogger share pasal makanan kat kedai Gosami ni. Kata mereka kedai ni hanya jual seafood je. Tourist guide kami pun baru kali kedua ke sini. Sebenarnya bab-bab makan kat negara orang ni kita kena hati-hati. Pastikan dulu kedai tu tak serve pork a.k.a daging ba alif ba ya. Kalau kedai tu serve pork, confirm la dia akan guna pinggan ,sudu, mangkuk yang sama. Katanya tourist guide kami, masa diorang tengah makan, diorang tertengok mamat korea sebelah makan daging. Diorang pun tanya la tu daging apa sebab ingatkan kedai ni hanya ada seafood je. Lepas tu mamat korea sebelah tu pun cakap tu daging pork. Terus dia stop makan. Tapi diorang tak bagitahu terus kat kitorang sbb semua tengah sedap melahap ikan bakar, sambal sotong kan. Sedap gila tu. Dah balik guest house baru tourist guide, Razi cerita hal sebenar. Dia mintak maaf sebab diorang pun tak tahu pasal ada pork. Memang ingatkan kedai seafood je. Rupa-rupanya!!! ada serve daging BA ALIF BA YA. Tapi nak buat macam mana kan. Semua dah masuk dalam perut dah. takkan nk cuci perut dengan alcohol pulak kan. So hati-hati ya kalau nak makan kat luar ni.



Day 5- Seoul Korea

Last day we're in Korea. Flight going back to Malaysia at 11.00 am. We have to wake up early. Jam 5.00 pagi dah bangun sebab 7.30 pagi kena gerak dari guest house. The guest house is very far from airport so this journey takes about 1 hour to the airport. Dah la semua tak check in lagi. Kelam kabut jadinya.

That's all about my trip to Seoul Korea.
It has been 2 weeks since we came back from Korea. And i miss all their food and places. Please someone take me back to that moment!!!!  Hatiku tertinggal di Korea!!! InshaAllah, will go there again next time. Autumn or Spring season la pulak lepas ni.


Total loss:
Tiket flight (include luggage balik 30kg, makan, insurans) = RM 460 + RM129 + RM30 + RM50 

                                                                                    RM 669
                                                                                   
Pakej                                                                           = RM 1,300

Shopping                                                                      = RM 700
______________________________________________________
Total                                                                            = RM 2,669                                                                ____________________________________________________________________

-The end-

Kalau ada masa nanti, aku akan kongsikan cerita pasal trips sebelum ni.








Wednesday 17 February 2016

Let's fly to Korea (part 3)

Day 3- Seoul Korea

Hari ketiga pula, seperti biasa selepas breakfast, pada pukul 9.00 pagi, kami bergerak ke NAMI ISLAND. Nami island ni jadi tumpuan pelancong-pelancong termasuklah rakyat Korea sendiri. Nami Island ni merupakan tempat penggambaran drama "Winter Sonata". Bae Yong-joon dan Choi Ji-woo merupakan pelakon cerita ni. Nami island ni agak jauh dari bandar Seoul. Tempat ni sangat tenang dan cantik dengan landskap pokok-pokoknya ditanam dengan susunan yang teratur. Kalau pergi sini jangan lupa amik gambar banyak-banyak, boleh feel macam dalam drama Winter sonata.
Harga tiket masuk 8,000 Won untuk dewasa, 4,000 Won untk kanak-kanak.

Cara nak ke sini :
Boleh naik subway atau ITX train. Kalau naik ITX, naik di Gyeongchun Line dari Yongsan station, Line 1 dan turun di Gapyeong station (p/s : ITX tak boleh guna t-money, kena beli tiket harga 6,900 Won sehala). Kami naik subway so kena guna t-money. Naik subway amik masa perjalanan lama around sejam setengah. Dari Hongik university naik train turun kat Sangbong stesen (Jungang Line) dan tukar train menuju ke Gappyeong stesen (Gyeongchun Line).
sampai kat Gappyeong kena naik teksi pergi ke jeti Nami island, harga 5,000 Won, boleh guna
T-money.

Ni tempat tunggu teksi untuk ke jetty

Sebelum naik ferry, bergambar du




Sampai je kat Nami island, kami terus pergi makan dulu di Restoran Drama Cafe iaitu restoran halal
di Nami island. Restoran ni terkenal dengan nasi goncang.

Tadaaa!!! ni nasi goncang. Ada dua jenis nasi goncang iaitu nasi goncang tuna dengan nasi goncang cheese. 








Red bean steamed bun a.k.a pau isi kacang merah. Harga sebiji 1,000 Won 
ni pau





Lebih kurang jam 3.30 ptg, kami pun keluar dari Nami island dan menuju ke LOTTE WORLD. Kat sini juga tempat penggambaran cerita "Stairway to heaven". Lotte world ni merupakan theme park yang ada indoor dan outdoor park. Harga untuk one day pass ialah 46,000 Won. Kalau masuk pukul 4.00 ptg hingga malam, bayaran masuk lebih murah iaitu 26,000 Won. Tapi tiket kami dah include dalam pakej. Kat sana pukul 5.30 ptg ada show kat Garden stage.  Show mcm tarian2 dari negara2 luar. Pada pukul 7.30 malam pula, ada perarakan kat situ. 

Cara nak pergi ke Lotte World:
Naik subway turun kat stesen Jamsil, Line 2 atau Line 8 , Exit 1 atau Exit 11.




Garden stage

Tempat main ice skating kat tingkat bawah sekali


tengah menunggu show mula

sempat la bergambar dengan penari-penari ni.

Lebih kurang dalam pukul 9.00 malam, kami keluar dari Lotte World dan balik ke guest house.

Sambung..........................di let's fly to Korea (part4)








Tuesday 16 February 2016

Let's fly to Korea (Part2)

Day 2- Seoul Korea (31 Januari 2016)

2nd day kami dekat sini, pukul 7.00 pagi breakfast. Owh lupa nak cerita dalam part 1, untuk makan (breakfast, lunch dan dinner), tourist guide kami yang masak tau. Lepas breakfast pukul 9.00 pagi, kami menuju ke GWANGHWAMUN SQUARE. Gwanghwamun Square ni macam Dataran Merdeka la. Dekat sini ada tugu King Sejong iaitu raja keempat Korea dari Dinasti Joseon. Beliau juga merupakan seorang pakar bahasa yang telah mencipta aksara hangul untuk bahasa Korea. Selain itu , tugu Laksamana Yi Sun-Shin juga ada dekat sini. Bahagian belakang tugu King Sejong tu ada pintu masuk ke muzium Sejong. Dekat sini, ada tempat untuk tulis nama dalam bahasa Korea. Aktiviti ni percuma je cuma kami tak pergi sebab tutup.

Cara nak pergi Gwanghwamun Square : turun di stesen Gwanghwamun, Line 5, Exit 2



Lepas bergambar dekat tugu King Sejong, kami pun pergi ke ISTANA GYEONGBOKGUNG. Istana ni tercantik dan terbesar di Korea. Istana ni terletak di berdekatan dengan Gwanghwamun Square dan Cheonggyechon stream. Dalam ni kita boleh pakai pakaian istana. Percuma saja!! tapi dibuka pada waktu yang ditetapkan saja. Kami tak sempat mencuba pakaian tu sebab dah tutup waktu kami pergi tu. Sedih!!  Kalau nak masuk dalam istana tu kena beli tiket 3,000 Won dewasa, 1,000 won kanak-kanak. Dalam tu ada perarakan pengawal istana. 



Cara nak ke istana Gyeongbokgung :
Turun di Stesen Gyeongbokgung, Line 3, Exit 5. Ataupun dari tugu King Sejong di Gwanghwamun square, boleh berjalan kaki, lintas jalan terus ke pintu masuk istana tu.

Kemudian, kami ke NAMSAN HANOK VILLAGE. Kat sini ada rumah-rumah tradisional Korea ataupun dipanggil "hanok". Kat sini selalunya ada cultural event tapi masa pergi tu musim winter, jadi tak ada event pun. Kami lunch dekat sini dengan berbekalkan nasi goreng.

Cara nak ke sini : naik subway turun di stesen Chungmuro, Line 3 atau Line 4, Exit 4, jalan ikut arah 7 eleven kat situ, kemudian akan nampak pintu masuk.
Depan pintu masuk hanok village

Air tasik beku. Boleh berdiri lagi atas tu.

    
Pondok Korean culture



Lepas jalan-jalan kat sini, kami terus menuju ke MASJID ITAEWON iaitu masjid paling besar di sini. Kebanyakan orang Muslim akan stay di Itaewon. Banyak restoran halal di Itaewon. Masjid ni terletak di atas bukit, jadi kena ready la fizikal dan mental tu ye. Sebab kena berjalan naik bukit. Kemudian kami pergi solat. Lepas solat, masa free kami untuk jalan-jalan sendiri kat sini. Tapi semua kene berkumpul semula di depan Stesen Itaewon, Exit 3. Owh ye, kat Itaewon ni kami makan kebab kat kedai Turkish Kebab. harga dalam 6,500 Won. 

Cara nak ke masjid Itaewon : naik subway turun di Stesen Itaewon, Line 6, Exit 3. lepas keluar tu, jalan terus sampai nampak kedai Mr Kebab, belok kanan jalan terus dan akan nampak kedai hujung, belok kiri. Lepas tu jalan terus sampai ke pintu masjid.
 

Selepas jalan-jalan kat Itaewon, around 5.30 ptg, kami bergerak untuk pulang ke guest house untuk berehat. Disebabkan kaki2 ni nak berjalan lagi, kami pun pergi la ronda-ronda di Hongdae lagi. Sempat shopping lagi malam tu kat situ. 

Ni hasil shopping malam kedua di Hongdae. Mascara (2,900 Won), Lip liner aku lupa harganya. Hand cream sedozen harganya 12,000 Won tapi beli 2 dozen share dengan balqis n ramizah (sorang dalam 12,000 Won).

To be continued....in Let's fly to Korea (part 3)







Monday 15 February 2016

Let's fly to Korea (Part 1)

Assalamualaikum..

Entry malam ni aku nk kongsi pasal trip ke Seoul, Korea Selatan. Sebelum terlupa, baik tulis kat entry ni terus. South Korea, land of K-POP and K-DRAMA. Kalau nak tahu aku ni memang peminat k-pop dengan K-drama.


Setahun sebelum pergi iaitu bulan Februari 2015 aku dengan kawan-kawan dah beli tiket flight Air Asia dengan harga RM460 (return tickets). Tips nak beli tiket flight belilah masa ada promotion ye. Trip kami pada 30 Januari- 3 Februari 2016. Disebabkan pergi musim winter, banyak la sikit belanja sebab kena beli long john, winter boot, gloves, jacket dan sebagainya. Trip ni kami amik pakej Sham Discover Travel. Harga pakej RM1,300 seorang. Trip ni seramai 8 orang yang pergi. 2 lelaki (adik aku Amer dan kawannya Fahmy) dan 6 kawan perempuan (Hamizah, Ramizah, Balqis, Ayong dan adiknya Angah). Pergi Korea, jangan lupa bawa botol air kosong untuk kegunaan toilet. Toilet dekat sana tak ada paip air. So kene pandai-pandai la ye.


Barang-barang yang perlu dibawa:

1) Passport
pastikan expired date passport korang tu melebihi 6 bulan dari tarikh trip korang)

2) winter coat/ jacket

wajib !!! sebab kat sana suhu boleh mencecah -15 degree celcius. Aku bawa 2 jaket, yang purple panjang tu pinjam dari kak Aini dan yang merah ada bulu-bulu tu beli dengan     harga murah je. 


3) gloves, stoking tebal, winter boots
gloves dengan stoking pun wajib bawa.  Gloves bawa sepasang je dah cukup, stokin tebal bawak la 2,3 pasang. Masa tido tak pakai stokin pun takpe sebab sistem floor heater dah cukup untuk  panaskan kita masa tido. Gloves dengan stoking aku beli kat Daiso je RM5.30. Musim winter, boots sesuai la untuk dipakai. Aku beli dekat Balqis je dalam RM4+ je. Sebab kalau beli mahal-mahal pun,  tak tau lagi bila nak pakai. Maybe 2017 la pulak. Cewah!!

4) muffler

muffler ni guna untuk tutup leher kita ataupun muka. 

5) long john/ heattech 

long john ni adalah pakaian 1st layer sebelum t-shirt. Baju  dan seluar ni ketat supaya angin tak masuk kena kulit kita. Long john ni boleh beli kat Uniqlo ke Universal traveller ke. Kalau kat Uniqlo murah je xsampai RM50 untuk sehelai baju dan seluar. Tapi yang tu agak nipis, xberapa sesuai sangat untuk suhu negatif. Yang aku beli tu wool material high quality. Baju ni boleh tahan sampai -20 degree celcius. Harga pun hmmm. kopak duit tapi tak apa lah dah memang prepare awal-awal untuk semua ni. Nasib baik ada promotion time tu daripada RM200 dapat la RM149. Tapi pakai long john wool material ni agak bagus sebab tak rasa sejuk pun badan. Aku cuma pakai 3 layer je (long john, t-shirt, coat).

6) heat pack untuk badan, tangan dan kaki untuk mengurangkan kesejukan

Heat pack untuk tangan dan badan ni aku beli kat Daiso je, RM5.30 je!! 1 peket ada 8 keping. Tapi aku pakai untuk tangan saja, badan tak guna langsung. Benda ni boleh tahan selama 8 jam. Cara nk guna letak je dalam poket atau dalam glove. Kalau rasa agak sejuk, boleh genggam je.

7) Barang-barang sampingan contoh toilettries, losyen, lip balm, vaseline, ubat-ubatan, wet tissues, plug adapter (2pin yang bulat).


Total perbelanjaan sebelum ke Korea (tak termasuk pakaian yang dibeli) :


Tiket flight (include luggage balik 30kg, makan, insurans) = RM 460 + RM129 + RM30 +

                                                                                                       RM50
                                                                                                    = RM669
Pakej                                                                                          = RM1, 300
Total                                                                                              RM1, 969  




Day 1- Seoul, Korea (30 Januari 2016)


wuhuuu.... EXCITED sudah... Malam sebelum pergi tu, dah janji dengan tourist guide kami iaitu Sham sampai kat Incheon airport tunggu di gate 4. Pada 30 Januari 2016, pukul 5.00 pagi semua sudah berkumpul di KLIA2 sebab flight kami pukul 8.00 pagi ke Incheon, Seoul. We checked in our luggage dan pukul 6.00 pagi terus masuk utk check imigresen semua tu. Kami solat subuh kat surau dalam. Kat Malaysia ni, aku pendekkan la cerita ye. Okay dalam flight tu kena isi borang ketibaan dengan borang kastam. Wajib isi dan kene tahu tempat yang kita akan stay kat sana. Sebab takut nanti pegawai imigresen tak bagi masuk sana pulak. Diorang akan kutip borang-borang tu.


                                         Borang ketibaan dan borang kastam yang wajib isi

                                          

Pada pukul 3.00 petang jam Korea, kami pun tiba di Incheon airport. Betapa teruja nya la kami ni kan.








                                          Ni gambar sebelum masuk departure hall di KLIA2


Ni gambar muka excited baru sampai di Incheon airpot.


Sampai di Incheon airport, kami menunggu Sham jemput kami untuk check in guesthouse. Kami stay di Boa Travel House di Hongdae iaitu di Hongik University Station. Hongdae tu nama singkatan Hongik University. Dari airport , ada banyak jenis pengangkutan yang boleh korang naik tapi kami ke Hongik University Station dari airport dengan menaiki Airport Railroad train. Perjalanan yang diambil dari airport ke bandar Seoul lebih kurang dalam sejam. Dah sampai sana, jangan lupa beli kad T-Money. Kad ni macam Touch-n-go. Kad ni mudah untuk korang guna perkhidmatan pengangkutan seperti bas, teksi, subway di Seoul. Kad ni korang boleh dapat di convenience store dalam airport. Harga kad ni dalam 3000 Won. Lepas tu korang kene topup nilai dalam kad ni. Macam kami kad ni dah include dalam pakej. So tak perlu pergi beli.


                                                                        Ni kad T-money

                                            

Ni gambar keluar dari Hongik University Station. Sejuk yang teramat di sana. Maklum la masa tu -8degree celcius. Bercakap pun keluar asap dari mulut. Tak payah dah korang hisap vape di sana. Hehe.

                                               
                                              


Sampai je di Boa Travel House, apa lagi bergambar la dulu. Opps, Ayong tukang amik gambar katanya dah kawin, tak berminat bergambar2 ni.

Di Korea, waktu malam pada musim sejuk adalah seawal pukul 5.00 petang. Pukul 5.00 petang dah gelap seperti waktu maghrib. Sampai di guesthouse, kami letak beg di bilik masing-masing. Kemudian kami solat maghrib dan isyak terus. Maghrib kat sana 5.30petang ye pada musim sejuk. Trip kami di sini,  kami join dengan dua family dari Kedah dan Johor. Kemudian, kami makan malam dan pada pukul 7.00 malam kami bergerak untuk ronda-ronda di HONGDAE. Tempat ni ramai pemuda-pemudi korea menghabiskan masa pada hujung minggu sebab Hongdae ni berdekatan dengan universiti. Disebabkan kami sampai pada hari Sabtu, sempat la juga melihat street performance. Di sini banyak juga kedai-kedai kosmetik jenama korea. 

Macam mana nak ke sini, kalau naik train turun di Hongik University , Line 2 Exit 8 atau 9. Tapi kami jalan kaki saja dari guest house.

Face mask harga 10,000 Won,  buy 1 free 1. Aloe vera gel dengan harga 4,400 Won


Ni roti kacang merah bentuk ikan (Pungo-pang) harga 3 biji 1,000Won. Aku beli 6 biji (2,000 Won) dan beli roti telur (Kyeran-pang) dengan harga sekeping 1,000 Won. 
                                                           Roti kacang merah

Roti telur

Hari pertama aku belanja : 10,000 Won + 4,400 Won + 3,000 Won = 17,400 Won (RM64)

Di Hongdae ni ada cafe Hello Kitty, kami bergambar saje di sini. Pada pukul 10.00 malam balik ke guest house untuk rehat.


                                                                       




Okay itu saja pada hari pertama di Korea. Nantikan Let's fly to Korea (Part 2)
.