Tuesday 29 May 2018

GEGADIS TRlP TO BUSAN AND SEOUL (11/4/2018 - 18/4/2018) part 1

BUSAN (11/4/2018 - 13/4/2018)

Assalamualaikum.

Entry kali ni aku nak cerita pasal gegadis trip ke Korea. Actually ni 2nd time aku jejak ke Korea. Aku dan 3 kawan ke sana selama 8 hari 7 malam. Tiket airasia mcm biasa buru time free seat last year.  Beli tiket KL-Busan, Seoul- KL (RM682). Kami pergi waktu spring. Tapi macam tak banyak pun cherry blossom. Huhu. 


Day 1 (11/4/2018) - Busan

Kami sampai di Gimhae airport lebih kurang pukul 8.00 am waktu Korea. Selesai urusan immigration,  kami terus beli kad T-money di convenience store harga 4,000won dan kami terus topup 30,000won. Lebih kurang pukul 11.00am terus gerak ke Welcome Busan Guesthouse. Sepatutnya waktu check in pukul 3.00pm tp nasib baik oppa tu bagi check in awal. Aku dah booked hotel ni tahun lepas lagi. Harga untuk 2 malam 110,000won. Sebab kami berempat, jadi seorang 27,500won.

Bangunan yang warna putih tu guesthouse kami stay


Guesthouse berdepan dengan Choryang station  Exit 3


katil double decker. selesa!!!


 Sampai guesthouse, rehat2, mandi2, solat baru pergi berjalan. Ni tempat2 untuk 1st day.

1) Jagalchi market.

Jagalchi market merupakan pasar yang terletak bertentangan dengan BIFF Square. Sini memang banyakk hidupan laut, ikan, yang segar2. Kalau teringin nak makan seafood, boleh la datang Jagalchi market. 
Ada banyak kedai-kedai yang jual seafood, dibuka sampai malam. Ada juga restoran2 yang boleh masak seafood yang kita pilih. Harga boleh tahan mahal la jugak.

Kami ke sini untuk makan2.  Tapi aku lupa dah nama kedai yang kami pergi.

Direction : Choryang station >Jagalchi station (exit 10) >Jagalchi market

Jagalchi market



Depan restoran yang kami pergi. Owner restoran




Kimchi dia sedap




King crab


2) BIFF square

BIFF adalah singkatan  kepada Busan International Film Festival. Kalau nak tahu, di BIFF square ni ada tanda tapak tangan dan sign artis di sepanjang jalan. Di sini pun ada banyak gerai makanan. Ada blog yang aku baca, katanya ada satu gerai orang Indonesia yang jual mee goreng. Tapi xjumpa pulak kat mana.

Tapi disini sempat la aku beli face mask 1 peket ada 20 pieces harga 10,000 won





pintu gerbang BIFF square








3) Yongdusan Park & Busan Tower

Kalau kita nak ke Busan Tower, kita kita lalu Yongdusan Park dulu. Dari BIFF square ke Yongdusan Park, kami jalan kaki saja. Aku pakai apps Kakao map. Apps ni senang nak follow. Untuk pergi ke Yongdusan Park ni kena naik escalator yang bersambung-sambung. Tapi escalator ni xsetinggi dan sepanjang dari escalattor yang aku naik kat Mid-level escalator Hong Kong.

Kat atas Yongdusan park ni ada The Busan Citizen Bell (Loceng besar).

Di sini juga terletak Busan Tower setinggi 120meter. Tiket nak masuk 8,000won. Dari atas tower ni boleh nampak bandar Busan. Pemandangan agak cantik di atas ni. 

escalator Yondusan Park

Sampai sudah di Yongdusan Park


Busan tower

Statue of Admiral Yi Sun Shin

Di depan The Citizen Bell







View from Busan tower



Day 2 (12/4/2018) - Busan

1) Taejongdae Park

2nd day awal 6.30am kami dah keluar ke Taejongdae. Taejongdae merupakan sebuah taman yang wajib dikunjungi sekiranya berkunjung di Busan.Ianya terletak di penghujung pulau Yeongdo-gu dan terkenal dengan kecantikan tebing tinggi yang menjulur ke laut terbuka

Pukul 7.30am dan sampai di Taejongdae. Kalau nak tahu, bas ke Taejongdae ni akan stop di last station (Taejongdae Elementary School). Dari bus stop ni kami perlu jalan kaki untuk ke pintu masuk. Kalau nak naik Danubi train pun boleh juga. Tiket berharga 3,000won. Tapi masa kami sampai tu terlalu awal jadi kami berjalan saja naik ke taman yg besar ni sebab Waktu operasi Danubi train pukul 9.00am kalau tak silap. Gigi naik daki bukit naik atas sana. Dah la jauh nak ke Lighthouse tu. 


Direction:Choryang station >Nampodong station (exit 6) > by bus (No 88/101/8/13/ 30) > stop at Taejongdae Elementary School > Walk to Taejongdae



Danubi train




2) Gamcheon Cultural Village

Dah sampai Busan, tempat ni wajib pergi. Sampai sini jangan lupa amik map harga 2,000 won.

Direction: Taejongdae Elementary School (by bus) > stop at Nampodong station (Exit 10) > Toesong station (Exit 6) > By bus (Saha 1-1/ Seogu 2-2) > ada pintu gerbang






3) Masjid Al-fatah

Solat Zohor di masjid Busan. Lepas solat kami makan di Cappadocia restaurant. Area masjid ni ada dua restoran halal. Satu lagi Morocco Casablanca.

Direction: Take bus to Toesong station > Dusil station (Exit 8) > walk straight to SK petrol station

Masjid Busan Al-fatah





Makanan Turkey. Sedap. Aku punya tu 12,000 won.


4) Gwanggali Beach

Direction : Dusil > Yeonsan > Soyeong > Gwangan station (exit 1 or 3) > walk to the beach.







Day 3 (13/4/2018) - Busan

Hari ke-3 kami checked out awal 6.30am  tapi beg-beg kami tinggalkan di guesthouse. Oppa tu bagi tinggalkan sampai pukul 6.00pm. So sementara tu kami jalan2 dulu sebelum gerak ke Seoul. Kami ke Seoul dgn Mugunghwa  train pukul 9.45pm. Lebih kurang 6 jam la. So tidur je dalam train. Tiket train beli online awal harga RM110. Beli di website letskorail.

1) Oryukdo

Direction: Choryang > Kyungsung Univ station (Exit 5) > by bus (No 27/131) > Oryukdo SK View Bus stop




kena pakai stoking ni 


2) Haedong Yonggungsa Temple

Direction: Oryukdo (by bus 27/131) > Kyungsung Univ station > Heundae station (Exit 7) > By bus (No 181) > stop at Yonggungsan Temple bus stop





3) Haeundae Beach

Direction: Yonggungsa bus stop (by bus 181/100) >Haeundae station > Walk to the beach
Haeundae market


Lepak2 sini sampai pukul 4.30pm gitu. Then terus ke guesthouse, solat dulu sebelum gerak ke Busan station.



Okay done part 1 Busan.. I'll be back in part 2 Seoul