Tuesday 16 February 2016

Let's fly to Korea (Part2)

Day 2- Seoul Korea (31 Januari 2016)

2nd day kami dekat sini, pukul 7.00 pagi breakfast. Owh lupa nak cerita dalam part 1, untuk makan (breakfast, lunch dan dinner), tourist guide kami yang masak tau. Lepas breakfast pukul 9.00 pagi, kami menuju ke GWANGHWAMUN SQUARE. Gwanghwamun Square ni macam Dataran Merdeka la. Dekat sini ada tugu King Sejong iaitu raja keempat Korea dari Dinasti Joseon. Beliau juga merupakan seorang pakar bahasa yang telah mencipta aksara hangul untuk bahasa Korea. Selain itu , tugu Laksamana Yi Sun-Shin juga ada dekat sini. Bahagian belakang tugu King Sejong tu ada pintu masuk ke muzium Sejong. Dekat sini, ada tempat untuk tulis nama dalam bahasa Korea. Aktiviti ni percuma je cuma kami tak pergi sebab tutup.

Cara nak pergi Gwanghwamun Square : turun di stesen Gwanghwamun, Line 5, Exit 2



Lepas bergambar dekat tugu King Sejong, kami pun pergi ke ISTANA GYEONGBOKGUNG. Istana ni tercantik dan terbesar di Korea. Istana ni terletak di berdekatan dengan Gwanghwamun Square dan Cheonggyechon stream. Dalam ni kita boleh pakai pakaian istana. Percuma saja!! tapi dibuka pada waktu yang ditetapkan saja. Kami tak sempat mencuba pakaian tu sebab dah tutup waktu kami pergi tu. Sedih!!  Kalau nak masuk dalam istana tu kena beli tiket 3,000 Won dewasa, 1,000 won kanak-kanak. Dalam tu ada perarakan pengawal istana. 



Cara nak ke istana Gyeongbokgung :
Turun di Stesen Gyeongbokgung, Line 3, Exit 5. Ataupun dari tugu King Sejong di Gwanghwamun square, boleh berjalan kaki, lintas jalan terus ke pintu masuk istana tu.

Kemudian, kami ke NAMSAN HANOK VILLAGE. Kat sini ada rumah-rumah tradisional Korea ataupun dipanggil "hanok". Kat sini selalunya ada cultural event tapi masa pergi tu musim winter, jadi tak ada event pun. Kami lunch dekat sini dengan berbekalkan nasi goreng.

Cara nak ke sini : naik subway turun di stesen Chungmuro, Line 3 atau Line 4, Exit 4, jalan ikut arah 7 eleven kat situ, kemudian akan nampak pintu masuk.
Depan pintu masuk hanok village

Air tasik beku. Boleh berdiri lagi atas tu.

    
Pondok Korean culture



Lepas jalan-jalan kat sini, kami terus menuju ke MASJID ITAEWON iaitu masjid paling besar di sini. Kebanyakan orang Muslim akan stay di Itaewon. Banyak restoran halal di Itaewon. Masjid ni terletak di atas bukit, jadi kena ready la fizikal dan mental tu ye. Sebab kena berjalan naik bukit. Kemudian kami pergi solat. Lepas solat, masa free kami untuk jalan-jalan sendiri kat sini. Tapi semua kene berkumpul semula di depan Stesen Itaewon, Exit 3. Owh ye, kat Itaewon ni kami makan kebab kat kedai Turkish Kebab. harga dalam 6,500 Won. 

Cara nak ke masjid Itaewon : naik subway turun di Stesen Itaewon, Line 6, Exit 3. lepas keluar tu, jalan terus sampai nampak kedai Mr Kebab, belok kanan jalan terus dan akan nampak kedai hujung, belok kiri. Lepas tu jalan terus sampai ke pintu masjid.
 

Selepas jalan-jalan kat Itaewon, around 5.30 ptg, kami bergerak untuk pulang ke guest house untuk berehat. Disebabkan kaki2 ni nak berjalan lagi, kami pun pergi la ronda-ronda di Hongdae lagi. Sempat shopping lagi malam tu kat situ. 

Ni hasil shopping malam kedua di Hongdae. Mascara (2,900 Won), Lip liner aku lupa harganya. Hand cream sedozen harganya 12,000 Won tapi beli 2 dozen share dengan balqis n ramizah (sorang dalam 12,000 Won).

To be continued....in Let's fly to Korea (part 3)







No comments:

Post a Comment