Thursday 26 April 2018

UMRAH 2018 (part 2- Mekah)

Halluuu..!!!!


Okay sambung cerita Umrah 2018 aku di Mekah pulak. Disebabkan kami dari Madinah, so kami bermiqat di Bir Ali. Sedih rasa masa nak tinggalkan Madinah tu. Tapi bersyukur sangat dapat jejak kaki di Madinah. Kami bertolak dari Madinah pukul 2.00pm. Perjalanan dari Madinah ke Mekah ambil masa lebih kurang 6 jam naik bas. Lebih kurang dalam pukul 10.00pm kami tiba di Hotel. Kami stay di Hotel Mira Saha. 6 minit jalan kaki ke Masjidil Haram. Hotel kami dekat dengan main gate (King Abdul Aziz).

Setibanya di hotel, mutawif bagi kunci bilik, letak luggage semua then terus pergi mengerjakan umrah pertama. Pukul 12.00am kami buat umrah pertama.

KAABAH..!!! 
sesiapa yang sampai sini mesti rasa syahdu. Pertama kali tengok Kaabah depan mata, aku menangis, sebak tengok kebesaran Allah. Selama ni tengok dalam tv je. Rasa bertuah, bersyukur akhirnya Allah jemput aku dan family ke sini. Rasa macam tak sangka dapat jadi tetamu Allah. Masa ni hati tenang sangat, hanya fikir nak beribadat je. Subhanallah, Kaabah is the best place ever. Mekah ni 24 jam penuh dengan manusia. City never sleep!!! 

Sebelum tu, mutawif bagi taklimat dulu untuk buat umrah. Dimulakan denggan tawaf 7 kali ikut panduan rukun umrah. Umrah pertama kami ikut mutawif. Masa tawaf ni aku dengan adik kepit pimpin mak takut terpisah. Masa tawaf 7 kali ni selang selikan dengan zikir dan mintak ampun, minta doa. Alhamdulillah dapat baca kiriman doa-doa dari keluarga dan kawan-kawan di depan Kaabah. Semoga Allah makbulkan doa-doa tu. Amin. Ustaz siap pesan lagi bayangkan ini kali terakhir kita ke sini, Jadi buatlah sebaik yang mungkin.

Selesai tawaf, kami solat di tempat betul-betul selari dengan makam nabi Ibrahim. Selesai solat terus buat saie dari Bukit Safa ke Bukit Marwah. Letih juga masa buat saie sebab agak jauh dari safa ke Marwah. Masa umrah pertama kami buat Saie di tingkat bawah. Umrah seterusnya kami buat di tingkat atas sebab xramai sangat orang di sini berbanding di bawah. Selesai saie, terus bertahlul gunting rambut atau cukur rambut. Hampir pukul 3.00am jugak la selesai umrah pertama. SELESAI!!!!

Sepanjang berada di Madinah dan Mekah, aku dengan mak berdua je la ke hulu kehilir ke masjid. Senang jalan berdua xserabut. Adik aku sebab lelaki jadi dia dengan cousin je la. Tapi time buat umrah baru la jalan sekali. Masa kat sana memang tak fikir dah hal2 dunia, hal2 kat Malaysia. Kat sana masa kita memang dipenuhi dengan ibadat je. Sejam sebelum azan dah kena pergi masjid untuk cari tempat. Tapi selalunya aku dengan mak xbalik hotel pun, stay je kat masjid. Kalau balik pun bila time lunch.

Kalau korang nak pergi kucup Kaabah, masuk dalam Hijir Ismail, tengok maqam Ibrahim, sentuh Hajarul Aswad, pergi la lepas buat tawaf sunat. Aku pergi waktu lepas zohor time tu panas matahari tegak so mcm xberapa ramai sangat. Ataupun waktu tengah malam. So boleh la jalan menyelit2 pergi ke Kaabah. Nasib la badan xberapa besar sangat. Hahaha. Alhamdulillah diberi peluang dapat semua tu tapi xdpt sentuh Hajarul Aswad sebab ramai sangat orang lelaki semua badan besar2 tengah tolak menolak. Jadi berdoa je la depan Multazam. Kain Kaabah wangi sangat2. 

Kat bawah ni aku share beberapa gambar suasana di Mekah


Comel sangat anak arab ni.


Dataran Masjidil Haram


Kaabah and clock tower. Beautiful. It's so beautiful and nothing can take my eyes off of this.


Saie dari Safa ke Marwah

Time ni baru selesai saie. Dan kebetulan nak masuk waktu zohor. So kami solat di tempat saie

Dalam masjid

 
Dah sampai sini makan la ice cream sedap. Harga 5 riyal. 

Ziarah luar Mekah


Jabal Thur. Tempat Nabi Muhammad SAW dan Saidina Abu Bakar melarikan diri sewaktu kaum musyrikin Mekah nak bunuh Nabi.

Jabal Rahmah, Padang Arafah. Tempat Nabi Adam dan Hawa bertemu setelah dikeluarkan dari syurga. So kalau nak doa jodoh digalakkan berdoa di sini. Semoga doa2 aku dimakbulkan la. Hihi. Amin.

Umrah kedua miqat di Masjid Ja'ranah

Mina

Umrah ketiga miqat di Hudaibiyah

By the way, makanan di hotel kami memang sedap gila menu hari2. Sumpah memang sedap. Aku rasa aku duduk kat Mekah makan banyak. Asyik menambah je.

Last day kami di Mekah lepas subuh kami terus buat tawaf widak. Masa buat tawaf widak ni menangis lagi sebab rasa sebak, sedih nak tinggalkan rumah Allah. Allahu. Entah bila lagi boleh sampai kat sini.

Dan terus balik hotel, breakfast, angkat barang terus keluar dari sana gerak ke airport Jeddah. Flight pukul 3.50pm waktu saudi. Kira2 pukul 6.00am sampai di KLIA. 

Tamatlah perjalanan kami mengerjakan UMRAH.


Semoga aku dapat sampai ke sini lagi menjadi tetamu-MU, Ya Allah. 

Serious memang rindu sangat Mekah dan Madinah. Baru tahu perasaan orang lain dok cakap rindunya nk ke Mekah sebelum ni.


p/s: Nantikan entry pasal korea 2018 pulak.








No comments:

Post a Comment