Tuesday 2 May 2017

Hong Kong, Macau, Shenzhen 6D5N : 22/3/2017 - 27/3/2017 (Part 3)

DAY 4 - SHENZHEN

Rate duit 100 RMB = RM64.60
Aku tukar 600 RMB..

Pukul 6.30 pagi kami dah gerak ke Lo WU (HK border)..Macam mana nak pergi ke sini dari Tsim Sha Tsui?
- Naik MTR East Tsim Sha Tsui to Hung Hom.. Di Hung Hom tukar train line biru pergi ke Lo Wu      station..lebih kurang dalam 45 min la perjalanan ke Lo Wu.. (tiket train 40.30 hkd)
- Sampai Lo Wu then kena jalan pergi ke Luohu (Shenzhen border) pulak.. Then kene cop passport      imegresen.. Masuk Hong Kong diorang xcop passport, diorang just bagi kertas je..
- Lepas cop passport, kami naik Shenzhen Metro Line hijau dari Luohu station terus ke Window of    The World station.. Memang tujuan masuk Shenzhen sebab nak pergi sini and nk jalan2 kat shopping   mall (harga tiket subway = 5 RMB)..
- Keluar je dari WOW station, terus sampai ke pintu masuk.. Confirm xsesat la..

Window of the World
WOW ni ada replika bangunan-bangunan dan kawasan yang direka bentuk macam kawasan scenic area di seluruh dunia.. Tiket masuk sini 200 RMB (adult)..Harga dah naik, dulu 180 RMB je..WOW ni buka pukul 9 am sampai 10 pm.

Benda pertama yang menarik perhatian aku dari luar of course la Eiffel tower.. Entah bila la dapat sampai ke Eiffel tower Paris..Tak dapat pergi yang real, kita pergi yang replika je la dulu.. hahaha..

Windows of The World dibuka pada 18 Jun 1994. Taman ini ad 118 replika.. Tempat ini terbahagi kepada sembilan kawasan, iaitu  World Square, the Area of Asia, the Area of Oceanic, the Area of Europe, the Area of Africa, the Area of America, the Recreational Center of Modern Science & Technology, the Sculpture Park and International Street...



kaunter tiket


Eiffel Tower


Arc De Triomphe

London bridge

Rom
Pyramid Mesir
White House
Kat sini boleh naik..nanti Gorilla ni akan angkat korang tinggi2

Taj Mahal

Angkor wat

Sydney
kincir angin


Lebih kurang dalam pukul 1.30 pm baru kami keluar dari WOW ni..Sempat la pusing satu WOW..Then, kami terus pergi solat dan makan kat Muslim Hotel, area Hubei..cara nak ke Muslim hotel dari WOW :
- Dari stesen WOW, naik Metro Line 2 turun di Hubei, Exit A, then jalan kaki 15 min.
- Keluar dari Exit A, belok kanan lepas tu belok kiri, then jalan terus  nanti akan jumpa bangunan yg ada lambang bulan, bintang..
- Di Muslim hotel tu tempat solat tingkat 8 tapi amik wuduk tingkat 7..

Kemudian kami pergi shopping makanan halal di Yahya Shopping Mart.. kedai ni bangunan dia sebelah bangunan hotel tu.. Aku beli maggi 4 peket, roti cheese, banana milk, air pear dengan lemon tea..Lepas shopping makanan tu, kami pergi makan mee tarik di restoran hotel..12 yuan sorang..
Yahya shopping mart
mee tarik

Perut pun dah kenyang, kaki pun lenguh berjalan jauh.. Ubat hilang lenguh kaki, kami pun pergi shopping lerr pulak..hihihi.. Kami pergi Luohu commercial centre..Cara nak ke sini dari Muslim hotel:
- Naik Metro line 9 dari Wenjin station, turun di Hongling ke line 1 untuk tukar train, then pergi ke   Laojie station..



Kami shopping di Miniso, 2 kali ganda lebih murah dari Miniso Malaysia..Then shopping phone ring, cable phone, casing iphone, stoking 3 pasang, seluar tidur 4 helai..

Lebih kurang dalam pukul 8 pm, kami gerak balik Hong Kong..
- Naik metro dari Laojie turun ke Luohu dan jalan ke Lo Wu..
- Dari Lo Wu station, turun ke Hung Hom station tukar train pergi ke East Tsim Sha Tsui.

Ingatkan nak beli fridge magnet ke keychain ke kat Shenzhen.. tapi satu kedai pun x ada jual kat sana.. So aku pun tukar la balik duit yuan ke HKD sebab ada banyak balance..

Total belanja untuk 4th day = 427 RMB
1) train Luohu to WOW = 5 RMB
2) tiket WOW = 200 RMB
3) train WOW to Hubei = 5 RMB
4) Shopping di Yahya = 35 RMB
5) Mee tarik = 12 RMB seorang
6) shopping - Miniso (40 RMB), phone ring (15 RMB), cable phone (10 RMB), casing iphone x 2 (30 RMB), stoking (30 RMB), seluar tidur x 4 (40 RMB)
7) train Loujie to Luohu = 2 RMB

Okay sambung pulak story di Hong Kong, Macau, Shenzhen 6D5N : 22/3/2017 - 27/3/2017 (Part 4)











No comments:

Post a Comment